Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru

hari pertama saya ke sekolah di sekolah kebangsaan ulu kuang, chemor pada tahun 1971 saya dihantar oleh emak, berjalan kaki dari rumah bersama kawan-kawan lain yangjuga diiringi emak masing-masing. guru pertama yang saya temui ialah Cikgu Tahir atau dipanggil Cikgu Tamby, entah kerana apa. Dia terus mengajar kami pada hari pertama dengan menulis di papan hijau dengan kapur putih dan meminta kami menyebut aksara rumi beramai-ramai: a,b,c,d...

selepas itu saya diajari pelbagai ilmu buat pertama kalinya kerana pada zaman itu belu ada tadika atau yang seumpama dengannya. kami hanya berkenalan dengan huruf rumi di sekolah tetapi huruf jawi sudah dikenali di kampung kerana kami sudah belajar mengaji. guru mengaji saya di kampung ialah Pak cik Badarudin, sudah menjadi arwah pun... dan guru tajwid saya, pak hitam (Haji hamzah Alang Mat Aris namanya) sudah kembali ke rahmatullah juga.

Saya tidak mengingati nama guru yang berderetan mengajar saya sepanjang usia persekolahan saya baik di kampung mahupun di pekan Chemor. tetapi sekadar yang teringat eloklah saya sebut nama mereka.
di sek keb ulu kuang yang kini sudah bertukar namanya kepada sek keb syed idrus, guru yang saya ingati ialah cikgu osman, cikgu talib, guru besarnya cikgu man besah, cikgu zakaria, dan ....tak ingat dah.

di sekolah menengah aminuddin baki, chemor saya bertemu dengan cikgu mar azelan, cikgu hariri, ustaz yahya mat piah, cikgu hamid, cikgu zainudin yang dikenali dengan nama cikgu mat jelebor kerana suka memanggil nama budak-budak lain dengan gelaran itu, cikgu lim, cikgu bob mustapha, aduhhh tak ingat. alangkah zalimnya saya tidak mengingati nama guru sendiri.

di sekolah menengah raja chulan saya bertemu dengan cikgu zaharah, cikgu rosli (warden asrama yang sporting dan supportive), cikgu ismail zain yang kini terkenal sebagai pakar motivasi (dr ismail zain, guru sastera yang unik), dan yang lain saya tulis kemudian apabila ingat.

di universiti malaya saya bertemu dengan prof abu bakar hamid, puan zulkarnaina mohd mess, encik zaharan razak, en. sidin (prof), encik latiff bakar (prof datuk), puan amida abdulhamid (kak anis), prof hashim awang, prof a wahab ali, abdullah tahir (arwah), mohamad abu bakar, prof yaakob haron, raja mukhtarudin yang sangat unik, puan rohani, encik nuwairi, prof ismail hussein, en manaf saad, dr anuar nor arai, siti aisah mat ali, prof rahmah bujang, dan selainnya.

Walaupun tidak sama tingkat ilmu yang disampaikan oleh mereka kepada saya, semuanya tetap menjadi ingatan. tanpa mereka tidaklah saya mengenali sesuatu yang disampaikan oleh mereka.

selamat hari guru..semoga semuanya mendapat rahmat Allah SWT. ramai yang telah pergi agaknya, dan semoga mereka dalam perlindungan dan kasih sayang Allah di alam barzakh.

4 comments:

BekasPensyarahJuga said...

Selamat Hari Guru juga Tuan Dosen. Err ada anak murid ucapkan selamat hari guru pd tuan?

saleeh rahamad said...

ada juga yang ucap tadi pagi, lalu saya ingatkan pelajar supaya mengirimkan ucap selamat kepada uru mereka. guru tidak mencari kemegahan tetapi cukup sekadar ingatan dan makluman tentang hala tuju muridnya.

Sham al-Johori said...

Selamat hari guru tuan dosen.
Sesunggunya, tuanlah antara guru dan rakan yang sentiasa dekat di hati saya. Nama-nama dosen UM yang tuan sebutkan itu jua pernah mendidik saya; cuma dengan Prof Dato Latiff Bakar saja yang buat saya sentiasa berteka-teki.

Guru adalah pembuka lorong cahaya
Murid adalah pemilih jalan yang disukai.

Dr Mohd Rafick Khan said...

hi
I was in Raja Chulan in 1979-1980. Also from Aminuddin baki. I remember Ismail Zain as a teacher who does not teach, does not enter class and because of that most of the top students in my intake got 2nd Grade SPM because BM 7 or 8

Most of us scored below 10 Aggregate. This particular teacher owes a lot student an apology because his failure to teach resulted in many students who are good failed to enter the University..