Tuesday, September 29, 2009

Catatan lepas raya


(Ini contoh 1 Malaysia. Ini kumpulan kugiran yang kami tubuhkan di Sekolah Raja Chulan tahun 1984.Tapi sebelum sempat persembahan sebenar diadakan saya sudah menarik diri selepas fikir dua kali. Yang lain teruskan persembahan dengan menyanyikan lagu Bila Larut Malam. Yang kanan sekali ialah Shahrul Azila Mohd Salleh (sekarang tauke Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEADT) di Bandar Penawar, Johor), yang tengah Yahya bin ....(sekarang cikgu kat mana entah), yang meliuk main gitar tu Yot atau Yahya Sulaiman (penyanyi lagu P. Ramlee terkenal di Kuching), hujung sekali Nan Turtle (Adnan, tak tau kerja apa) Dah lama tak jumpa mereka.



1. Maka bertembunglah dua saudara yang datang dari benua yang sama. Yang seorang sudah berhenti daripada menjadi ketua lalu menempelak saudaranya yang tidak juga mahu turun dari takhta. Mungkin disebabkan cemburu atas kelamaan saudaranya menduduki jenjang kuasa, melebihi tempoh masa dia, maka yang satu ini pun menyindir dengan gaya yang sinis dan tidak pula dijawab dengan seirus oleh saudaranya itu. Mungkin juga keengganan saudaranya menjawab sindiran itu bermuasal daripada ketahuannya bahawa tidak ke mana pertengkaran mereka kerana adalah pepatah yang lama dicipta orang seperti ..... Adapun perkataan itu (yang dikosongkan), tidak boleh disebut sewenang-wenangnya kerana pernah menimbulkan isu. Kepada orang ramai sekalian, janganlah risau atau berasa pelik dengan perselisihan dan pertengkaran mereka berdua itu kerana suatu masa nanti akan senyap jugalah mereka dan saling berpelukan kerana asalnya dari benua yang sama.





2. Kalakian maka disebut oranglah bahawa Malaysia telah mengiktiraf Pesta tanglung sebagai acara negara dan penganjurannya akan dibantu dengan dana yang besar, sekitar RM250,000. Kalau demikian halnya untuk mewujudkan 1 Malaysia, bukankah aneh sangat caranya. Itu hanya akan mewujudkan budaya potpuri. Kalau hendak diwujudkan 1 Malaysia bukankah cara yang sesuai ialah mengiktiraf satu budaya yang dikongsi bersama? Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sudah dilupaikah? Atau sengaja dilupai. Sekarang jika silap perhitungan akan adalah protes membawa lembu ke mana-mana. Kerajaan Selangor sekarang sudah menghadapi budaya lembu ini. Dan lembu pun berasa besar hati sekarang kerana diri mereka diangkat sebagai bahan tawar-menawar yang cukup sakti.


Selain Pesta Tanglung, mungkinkah akan diisytiharkan pula Thaipusam sebagai acara negara?


Memanglah wajar sekali semua kaum mengamalkan budaya mereka tanpa gangguan kerana kerajaan Islam tidak pernah menghalang amalan agama lain bergerak degan aturan mereka. Tetapi semasa kita subuk hendak mewujudkan 1 Malaysia, kita telah mengambil gerakan mengundur. Tau sajalah kalau sudah mengundur, mata ke depan, maka akan terjerumuslah kita ke gaung di belakang seperti runtuhnya timbunan sampah menimpa kandang lembu di Sungai Kertas.





3. Satu lagi usaha kerajaan hendak mewujudkan 1 Malaysia ialah mengadakan asrama untuk pelajar pelbagai kaum. Memang baiklah begitu. Tetapi jangan lupa, kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil masih menjadi penghalang untuk matlamat 1 Malaysia. Bandingkan pemahaman dan pengetahuan pelajar daripada sekolah kebangsaan dengan pelajar sekolah vernakular tentang hidup bersatu di Malaysia. Nescaya akan terkembanglah bukti bahawa sekolah vernakular ibarat menajamkan lagi perbezaan kaum di negara ini, apatah lagi jika pelajarnya berhenti setakat darjah enam dan tak sempat memasuki sekolah menengah kebangsaan.
Salam untuk semua.

9 comments:

roslaini saad said...

Berbangga sekali kerana tuan bekas pelajar Sekolah Raja Chulan...

NIZAM MAT SAARI said...

Salam,

Saya kekadang tertanya [antara hendak menyokong dengan tidak] apa dia 1 Malaysia ni?

kita bercakap tentang 1 Malaysia, tetapi kita berbahasa dalam dua tiga bahasa di Malaysia dan membenarkan dua tiga bahasa dalam pendidikan.

Kita bercakap tentang 1 Malaysia tetapi kita sendiri tidak jelas "Budaya Kebangsaan" Malaysia.

Justeru, apa? Saya tidak ada jawapan.

Nizam Mat Saari
http://nizammatsaari.blogspot.com

saleeh rahamad said...

opps ya silap..1983 ting enam atas. masa tu jadi hero kat asrama. habih bebudak kena buli.

Anonymous said...

Hebat, saudara boleh berakrobatik sebegitu. Sekarang boleh lagi ke?

Jep Chulan said...

Salam saudara saleh, tepat sekali gambar tu dirakam 1983.

Mawar said...

Sdr Saleeh
gelihati saya melihat gambar lama ni...memang macam2 gelagat masa remaja. manis untuk dikenang!

saleeh rahamad said...

hello Jep Chulan...jeng jeng jeng.. ini Jep kecik ke Jep Beso. tolong bagi emel atau no hp. Shahrul Azila sedang kumpul kengkawan nak reunion.

Murizah Mustafa said...

"opps ya silap..1983 ting enam atas. masa tu jadi hero kat asrama. habih bebudak kena buli."

OPPPssss...bahaya-bahaya...jangan buli anak murid dah en Saleeh...huhuhu

WMWMR said...

Kalau ye pun nak cari kawan lama, letak le gambo mike tu. Teman ni pun jumpa secara tak sengaja blog mike ni. Ingat ke teman ni. Wan Mazlan WMR. Masa Ting. 6, teman kelas sebelah dengan Adnan (sekarang dah jadi orang bisnes kat Penang). Mike ada jumpa ke Shahrul Azila. Cuba tengok di http://www.instedt.edu.my/Berita%20INSTEDT.html bertambah kembang muka dan badan-badannya sekali. Teman boleh di hubungi di perantausiber@gmail.com. Teman masih bertugas di IPG Kampus Ipoh bersama-sama bekas guru kita di SMK Raja Chulan - Dr. Ismail Zain dan Mohd Isa Khalid.