Sunday, May 17, 2009

perhimpunan penulis muda nasional

Para penulis muda dipelawa menyertai Perhimpunan Penulis Muda Nasional Malaysia ke-2 pada 22-24 mei 2009 bertempat di Hotel Puteri Resort, Melaka, dekat Air Keroh.
Khabarnya tempat masih ada yang kosong. Jangan lepaskan peluang ini kerana penganjurannya bukan dibuat dengan mudah. Banyak halangan ditempuhi oleh PENA untuk mencari laluan mengadakan perhimpunan khusus bagi penulis muda yang berusia 40 tahun ke bawah. Tapi kalau ada yang sudah lebih usianya dan sangat berminat ikut serta, cubalah memohon. Saya yakin urus setia sudi menerima saudara. penginapan dan makan minum disediakan dengan bayaran yang sangat minimum, iaitu rm50 bagi peserta yang sudah bekerja dan rm30 bagi pelajar dan ahli PENA.
kali pertama PENA menganjurkan Perhimpunan seumpama ini adalah pada tahun 2005 di Tanjung Piai, Johor. Pada masa itu kami memperoleh laluan selesa kerana ada penaja yang bermurah hati. Tetapi sekarang ekonomi meleset sukar sedikit untuk bergerak. Tetapi saya yakin tiada kekurangan dari segi keselesaan dan kemudahan pada kali ini. Malah rasanya keadaan akan lebih baik kerana tempatnya juga agak mewah berbanding di Johor.

sila hubungi Lutfi Ishak 0132650876; Saifulizan Yahya 0163018645

selamat berdialog
..tetapi saya tidak dapat bersama lagi kali ini, kerana dah tua, melebihi usia penulis muda.

6 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Owhh.. sudah tua rupanya. Teman juga tak dapat ikut serta, tapi bukan kerana sudah tua. Atas kekangan tanggungjawab yang lain. harap sebelum teman tua seperti mike, akan dianjurkan lagi perhimpunan seumpama ini. Memang teman nak ikut serta.

saleeh rahamad said...

teman sedo dighi weh. tua tetap tua. anak pun dah beso panjang.
tak boleh nak sembunyi ketuaan tu. mike pun jangan nak mengade. tak lame lagi tue le tu.

Sham al-Johori said...

helo, helo,
kata Milan Kundera dalam bukunya 'The Unbearable Lightness of Being', "manusia perlu ingat muda kerana muda mengajar makna bahagia."

Kata rasullullah pula, "di syurga tiada manusia yang tua."

Oleh itu, jika kita rasa kita muda maknanya kita adalah calon syurga. Hehehehe.

Unknown said...

Tuan;
Saya berminta nak turut serta tapi umur dah lebih. Masa juga tak sesuai. Sekarang sibuk sangat. Ada lain kali tak?

saleeh rahamad said...
This comment has been removed by the author.
saleeh rahamad said...

nanti pena buat perhimpunan penulis tua pulak. tapi ada ke orang nak ngaku tua?