Sunday, May 3, 2009

Petikan kata Arena Wati

Kurnia Tuhan yang paling nikmat ialah merayapi semua persoalan hidup, dan mengumpulkan segala bunga-bunga hiasannya di sepanjang tepi jalan.

Kalau kau tak berjaya berbuat demikian, kau telah menyia-nyiakan kesempatanmu datang ke dunia yang hanya satu kali.

Tetapi semua ini hendaknya dilakukan penuh kejujuran dan kecintaan, kerana bunga-bunga hiasan hidup hanya berguna kalau ditaruh dalam kandil cinta.

Epigraf dalam novel Arena Wati, 1960. Jalan Malam ke Ibu Kota. Brunei: Pustaka Jaya.

Dicatatkan bahawa ungkapan ini ditulis oleh Arena Wati di johor bahru pasa 25 Mei 1960 bersamaan 29 Zulkaidah 1379, petang Rabu.

Tahun 1960 saya belum dilahirkan, tetapi Arena Wati sudah menulis karya yang menguja saya.

4 comments:

Budak Baru Belajar said...

Tuan,
Kandil tu apa? Tiada dalam kamus online DBP.

saleeh rahamad said...

budak baru belajar


alahai kandil tu .. errr nanti tengok kamus.yang teman tau kandil ialah lampu yang macam lampu aladin tu.mike kena beli kamus dewan,jangan harap kamus online je. nak teman belikan ke? boleh juga. ada diskaun lagi.

Budak Baru Belajar said...

Tuan,
Ingatkan kamus online tu lengkap. Rupanya tidak. Yelah, nanti tak laku pulak kamus dewan, ya?

Dah periksa dalam kamus dewan, kandil maksudnya lampu, pelita, kaki lilin.

Perkataan lama ni, yelah, sekurang2nya 1960, kan?

Hehe, jika tuanhamba nak belikan, tak cukup tapak tgn, nyiru hamba tadahkan.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalau boleh belikan sekali kandil.
Saya juga peminat karya Pak Arena